Banjir Sarawak | Mangsa banjir terus meningkat

2022-03-22 1

Hari ke dua banjir di Sarawak terus memburuk.
Setakat jam 12 tengah hari, seramai 1,826 mangsa banjir daripada 507 keluarga telah ditempatkan di 33 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri.
Kesemua PPS itu terletak di empat bahagian utama iaitu di Miri, Serian, Samarahan dan Kuching.
Laporan terkini daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak PPS tersebut masing-masing 12 di Kuching, 11 Bau, 2 di Miri, 2 Samarahan dan 6 di Serian.